Pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membawa pelbagai cabaran kepada pelajar, guru dan ibu bapa.<br />Di Sandakan, kehadiran pelajar dikatakan menurun daripada 40 pelajar sekelas, kepada sekitar 10 ke 14 orang sekelas tatkala ramai murid tidak mendapat akses kepada peranti atau jaringan internet.<br />Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang segolongan guru di situ untuk menjadi lebih kreatif, bagi memastikan proses pembelajaran pelajar mereka tidak terganggu.
